Warganegara Malaysia yang bermastautin di Sabah serta memenuhi syarat-syarat kelayakan adalah dipelawa untuk memohon mengikuti Program Sijil Pertanian Malaysia di Institut Pertanian Sabah, Timbang Menggaris, Kota Belud selama dua (2) tahun.
SYARAT – SYARAT KELAYAKAN
1. Had Umur
a) Berumur di antara 18 hingga 25 tahun.
2. Status Perkahwinan
Bujang.
3. Kelayakan Akademik
LULUS SPM dan mempunyai kelayakan yang diperolehi dalam peperiksaan seperti berikut:
a) LULUS matapelajaran Bahasa Malaysia (termasuk LULUS Ujian Lisan),
b) LULUS matapelajaran Bahasa Inggeris,
c) LULUS matapelajaran Matematik/Matematik Tambahan dan
d) KEPUJIAN salah satu mata pelajaran iaitu:
| |
Biologi, Ekonomi, Fizik, Geografi, Kimia, Landskap dan Nurseri, Pemprosesan Makanan, Perniagaan, Pertanian, Prinsip Perakaunan, Sains, Sains Rumah Tangga, Sains Tambahan, Tanaman Makanan
|
KEMUDAHAN YANG DISEDIAKAN
1. Tempat penginapan.
2. Makan dan minum.
3. Elaun Bulanan sebanyak RM100.00 sebulan.
STRUKTUR PENGAJIAN
1. Program ini mempunyai lima (5) semester meliputi kuliah (30%) dan latihan kemahiran (70%) di makmal/ladang.
2. Latihan Industri dilaksanakan selama dua (2) bulan.
CARA MEMOHON
1. Permohonan dibuat secara dalam-talian dengan melayari
https://latihan-tani.sabah.gov.my bermula
30 Januari 2026 hingga
10 April 2026 (Pukul 05.00 petang)
PANGGILAN TEMUDUGA
Hanya calon yang memenuhi syarat-syarat kelayakan di atas sahaja akan dipanggil temuduga. Calon yang layak akan dihubungi melalui panggilan telefon atau surat rasmi atau emel atau WhatsApp.
Calon juga boleh menyemak status panggilan temuduga melalui laman ini mulai
27 April 2026.
Calon yang tidak menerima apa-apa pemberitahuan selepas tiga (3) bulan dari tarikh tutup permohonan adalah dianggap tidak berjaya.
PERHATIAN
1. Pemohon yang memberikan maklumat palsu semasa melengkapkan borang permohonan
tidak akan dipertimbangkan.
UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI
UNIT PENTADBIRAN,
INSTITUT PERTANIAN SABAH,
PETI SURAT 102, TIMBANG MENGGARIS,
89158 KOTA BELUD,
SABAH.
No.Tel: 088 983 626 No. Faks: 088 983 626
HP: 017 562 1914