Warganegara Malaysia yang bermastautin di Sabah serta memenuhi syarat-syarat kelayakan adalah dipelawa untuk memohon mengikuti Program Sijil Keusahawanan Pertanian Bersepadu di Pusat Latihan Pertanian Bersepadu, Putatan selama dua (2) semester bermula pada Oktober 2025.
SYARAT - SYARAT KELAYAKAN
1. Berumur 18 hingga 35 tahun dan masih bujang pada tarikh kemasukan
2. Lepasan SPM/SPM(V)
3. Lepasan TIngkatan 3 (PT3) yang memiliki kelayakan seperti berikut:
a. Calon mempunyai tanah / kolam / kandang untuk diusahakan atas nama sendiri / keluarga / saudara.
b. Mempunyai pengalaman atau sedang mengusahakan aktiviti pertanian, penternakan, perikanan dan lain-lain.
b. Melepasi tapisan verifikasi dan pemeriksaan ladang.
4. Sihat tubuh badan dan mempunyai fizikal yang sempurna
ELAUN DAN KEMUDAHAN
1. Elaun bulanan sebanyak RM100.00 sebulan (calon yang layak dikehendaki menyediakan akaun bank atas nama sendiri dan masih aktif)
2. Asrama Lelaki dan Wanita
3. Makan dan minum disediakan
STRUKTUR KURSUS
1. Tempoh Kursus: Oktober 2024 hingga Ogos 2025 (2 semester)
2. Kursus ini merangkumi teori dan amali di makmal/ladang
3. Projek Inkubator Keusahawanan Pertanian
CARA MEMOHON
1. Pengambilan akan dibuka bermula 19 Mei 2025 sehingga 17 Ogos 2025.
2. Calon-calon yang berminat boleh mengisi borang secara atas talian di laman sesawang https://latihan-tani.sabah.gov.my atau mendapatkan borang di Pejabat Pertanian Daerah terdekat.
3. Pemohon yang didapati memberikan maklumat palsu semasa mengisi borang permohonan tidak akan dipertimbangkan.
4. Pemohon yang tidak menerima apa - apa pemberitahuan selepas tiga (3) bulan adalah dianggap tidak berjaya.
Sebarang pertanyaan sila hubungi
UNIT AKADEMIK
No.Tel : 012-869 9373