ips
PROGRAM SIJIL VOKASIONAL PERTANIAN SESI 2026/2027
PUSAT LATIHAN VOKASIONAL PERTANIAN, LAHAD DATU

Warganegara Malaysia yang bermastautin di Sabah serta memenuhi syarat-syarat kelayakan adalah dipelawa untuk memohon mengikuti Program Sijil Vokasional Pertanian bagi Sesi 2026/2027 di Pusat Latihan Vokasional Pertanian Lahad Datu selama satu (1) tahun bermula pada September 2026.


SYARAT –SYARAT KELAYAKAN

1. Berumur di antara 18 hingga 30 tahun dan masih bujang pada tarikh kemasukan.

2. Lulus SPM atau SPM(V) dan mempunyai kelayakan yang diperolehi dalam peperiksaan seperti berikut:

    a) Lulus dalam matapelajaran Bahasa Melayu (termasuk LULUS Ujian Lisan) dan
    b) Lulus dalam mana-mana dua (2) matapelajaran yang lain.

3. Keutamaan diberikan kepada pemohon dari luar bandar yang mempunyai latar belakang pertanian.

4. Sihat tubuh badan dan mempunyai fizikal yang sempurna.

5. Berjaya dalam temuduga yang ditentukan oleh Jawatankuasa Panel Pengambilan Pelatih bagi menilai kelayakan mereka untuk mengikuti pengajian di pusat ini.

6. Hanya calon-calon yang memenuhi syarat-syarat kelayakan di atas sahaja akan dipanggil temuduga.

KEMUDAHAN

1. Tempat tinggal / Asrama dan makanan disediakan.

2. Elaun sebanyak RM100.00 sebulan (calon yang layak dikehendaki menyediakan akaun bank atas nama sendiri dan masih aktif).

CARA MEMOHON

1. Pengambilan dalam talian (online) akan dibuka bermula 23 Mac 2026 dan ditutup pada 29 Mei 2026 pukul 05.00 petang.

2. Kepada calon-calon yang berminat, bolehlah memohon dengan mengisi borang secara dalam talian (online) di laman sesawang https://latihan-tani.sabah.gov.my dengan memilih Program Sijil Vokasional Pertanian.

3. Pemohon yang didapati memberikan maklumat palsu semasa mengisi borang permohonan tidak akan dipertimbangkan.

4. Calon yang tidak menerima apa-apa pemberitahuan selepas tiga (3) bulan adalah dianggap tidak berjaya.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi

Unit Pengambilan Pelatih
Pusat Latihan Vokasional Pertanian
Beg Berkunci No. 10,91109 Lahad Datu
No. Tel: 089-880471      No. Faks: 089 880469